~ VISI MISI DAN MATLAMAT SEKOLAH ~

VISI

“MELAHIRKAN GENERASI CEMERLANG , BERAKHLAK MULIA DAN MEMILIKI BUDAYA SAING YANG TINGGI MENJADI MASYARAKAT TERBILANG SEIRING DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA”

MISI

  1. MENYALURKAN SEGALA ILMUPENGETAHUAN KEPADA SEMUA PELAJAR DENGAN ADIL DAN SAKSAMA.
  2. BERUSAHA MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN UNTUK MEMBERIKAN ANJAKAN KEILMUAN YANG DIPERLUKAN KEPADA SEMUA DALAM MENEMPUH GLOBALISASI.
  3. MENDUKUNG SEGALA TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN PENUH DEDIKASI UNTUK MENCAPAI SASARAN KERJA YANG BERKUALITI.
  4. MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DAN KEYAKINAN DIRI DALAM SEMUA ASPEK KURIKULUM DAN KOKURIKULUM AGAR DAPA DIAPLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.

 

SLOGAN

“MAJU TERUS MAJU”

FALSAFAH

Falsafah dan prinsip menjadi asas pegangan untuk kita lakukan dan laksanakan adalah seperti berikut :-

1)   Tuhan menjadikan manusia adalah dalam bentuk sebaik-baiknya dan mempunyai kebolehan serta keistimewaan yang tersendiri.

2) Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama memberi perkhidmatan, layanan, pengajaran, dan pertolongan tanpa mengira keadaan jasmani, taraf kecerdasan, pendirian emosi, keturunan, agama, dan kedudukan sosio ekonomi mereka.

3) Bahawasanya pendidik-pendidik di sekolah ini mempunyai keyakinan dan kebolehan iktisas dan akademik yang cukup untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan pelajaran murid-murid di sekolah ini.

 FALSAFAH AM

Bahawasanya :-

Murid-murid yang ada di Sekolah Kebangsaan Melamam ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu seluas-luasnya peluang akan diberikan kepada murid di sekolah ini unuk mengembangkan inteleknya.

PIAGAM PELANGGAN SK MELAMAM

Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan Akademik.Budaya ilmu berterusan sahsiah dan moral yang tinggi maka dengan itu kami bertanggungjawab seperti berikut :-

  1. Pengurusan bersistematik dan bertanggungjawab.
  2. Mewujudkan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  3. Mengadakan permuafakatan dan ketepatan masa kemesraan guru, kakitangan, dan ibubapa.
  4. Berhemah tinggi dan Amanah Penyayang dan Bersopan.

“MEMIMPIN KE ARAH KEJAYAAN MURID”

MATLAMAT AM

  1. Supaya semua murid sekolah ini dapat menguasai kemahiran asas pembelajaran sekolah rendah terutamanya kemahiran 3M (membaca,menuls,mengira)
  2. Membasmi buta huruf dikalangan murid, melatih dan mendidik murid-murid dari sekolah ini menjadi rakyat yang kasihkan agama, bangsa dan Negara.
  3. Meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam peperiksaan yang dianjurkan oleh sekolah, Lembaga Peperiksaan atau yang setaraf dengan peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  4. Memupuk displin dikalangan murid-murid dari sebarang ancaman dari dalam dan luar sekolah serta melatih berdikari dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
  5. Memperkayakan dan memperluaskan pengetahuan murid mengenai kerjaya yang lebih mencabar dari apa yang ada di sekitarnya.
  6. Kami akan menyediakan peluang yang luas kepada setiap murid untuk berkembang maju dari segi pelajaran, minat dan akhlak keagamaan sejajar dengan prinsip “RUKUNEGARA”

RUKUNEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Advertisements

Leave a comment »

~ SEJARAH SEKOLAH ~

LATAR BELAKANG SEJARAH SEKOLAH

            Melamam adalah sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 25km dari Pekan Sipitang.Kedudukannya juga berhampiran dengan sempadan Negeri Sarawak.Bentuk muka bumi kawasan ini adalah berbukit-bukit dan berhampiran dengan Gunung Bertangga.Keadaan iklimnya pula adalah sederhana.Majoriti penduduk di sini adalah dari suku kaum Murut yang mengamalkan pekerjaan sebagai pekebun getah secara kecil-kecilan dan pertanian pindah.

Pada tahun 1954 sebuah sekolah telah di dirikan di Kampung Melamam yang di beri nama Native Voluntary School yang bertempat di Gereja Borneo Evanjelical. Sekolah ini diasaskan oleh Encik Kok Babi.Beliau telah mendapat pendidikan awal sekitar tahun 1918.Bilangan murid pada peringkat awal ialah seramai 25 orang sahaja.Guru Besar pertama yang telah di tugaskan ke sekolah ini ialah Cikgu Waidin Aman,yang berkelulusan darjah 4 dari G.P.S Sindumin.Beliau hanya mendapat upah (gaji) sebanyak RM45 sahaja sebulan.Wang gaji ini diperolehi hasil daripada derma yang diberikan oleh tauke-tauke kedai ketika itu. Dua tahun selepas itu pada 1956 sekolah ini terpaksa ditutup kerana kurangnya sambutan dari masyarakat kampung dan murid-muridnya hanya tinggal  5 orang sahaja.

Pada tahun 1960, Sekolah Melamam telah didirikan kembali di Kampung Riwak Melamam.Ianya terletak lebih kurang 1km dari Pekan Melamam Lama. Pengasas sekolah ini ialah Haji Sadom Agong, beliau mendapat pendidikan awal di Saints Joseph School Lawas, Sarawak dan telah melanjutkan pelajarannya ke Saints Joseph Papar sekitar tahun 1956.Bilangan awal murid Sekolah Melamam ialah 45 orang.Guru Besar pertama Sk Melamam ialah En. Elly Baru.Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah G.P.S Pantai dan telah melanjutkan pelajarannya di Central English School Sipitang.Upah (gaji) yang diterima beliau pada ketika itu ialah sebanyak Rm75 sahaja sebulan yang dibiayai separuh dari pihak kerajaan.

Setahun kemudian, Haji Sadom Agong telah mendirikan sebuah bangunan sekolah baru dan sebuah rumah guru atas bantuan separuh dari pihak Kerajaan Negeri.Bagunan sekolah dan rumah guru tersebut telah dibina dengan kerjasama dari penduduk kampong dan kampong-kampung sekitarnya.Kos keseluruhan pembinaan bangunan ini ialah RM12000.Haji Sadom Agong telah Berjaya memajukan sekolah tersebut dalam jangka masa yang singkat.Pada tahun 1966, sekolah tersebut telah diambil alih oleh pihak kerajaan.

Setelah diambil alih oleh pihak kerajaan, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Melamam dengan bilangan muridnya 50 orang dan 6 orang guru sahaja.Pada ketika itu, sekolah tersebut mempunyai 3 bilik darjah sahaja dan Darjah 3 terpaksa menggunakan Balai Raya sebagai tempat belajar.

Pembinaan bangunan sekolah yang baru telah dilakukan dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan murid seperti pusat sumber dan bilik tayangan. Bangunan baru Sk Melamam telah dibina dari bangunan lama. Dari tahun ke tahun sekolah ini mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan dalam bidang Pendidikan Negara.

Comments (1) »